Friday, May 29, 2009

PALESTIN…SIAPA PUNYA? (MUQADDIMAH)

Sebut sahaja kalimat Palestin maka semua orang akan faham. Walaupun kadang-kadang ada yang berbicara mengenainya dari skop yang berbeza ternyata kotak pemikiran kita akan terarah kepada satu perkara. Cakaplah berkenaan suburnya tanaman zaitun dan buah tin di Palestin, namun ia langsung tak dapat melarikan kecenderungan kita daripada membicarakan tentang bangsa yang paling bangsat pernah hidup atas muka bumi ini merampas hak orang Islam macam dunia ni mak bapak dia orang yang punya!

Yahudi celaka la’natuLlah merupakan bangsa yang paling lama diizinkan Allah untuk merempat di dunia ini. Bangsa-bangsa umat terdahulu semuanya telah dimusnah dan dihancurkan oleh Allah. Ada yang kena taufan, ada yang dijadikan batu, ada yang ditimpakan bumi atas mereka dan seterusnya. Semuanya berpunca daripada degilnya puak-puak ini daripada mentaati dan patuh pada perintah Allah dan rasul yang diutus kepada mereka. Tapi keadaan in berbeza dengan yahudi. Sudah berderet-deret Nabi dan rasul alaihimus solatu was salam di utus oleh Allah kepada bangsa haram ini bahkan ada yang kadang-kadang kita tak pernah dengar pun nama nabi tersebut dan ada juga yang Allah utus dua nabi sekaligus dalam satu masa. Itupun hanay sedikit di kalanagn mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat. Namun, Allah tetap membiarkan mereka untuk hidup dan berjalan di muka bumi dengan senangnya. Apa hikmahnya? InsyaAllah akan kita bincangkan dalam bab yang akan datang.

KONSEP PENDUDUKAN DI BUMI MENGIKUT ACUAN ISLAM

Perdebatan tentang siapakah yang layak dan sepatutnya berhak ke atas al-Quds khasnya dan Palestin amnya tidak boleh dinilai dari sudut sejarah semata-mata. Dalam kata lain, soal siapakah penduduk asal bumi tersebut tidak boleh dijadikan kayu pengukur terhadap pemahaman yang sebenar ke atas isu Palestin. Benar bangsa arab Kan’an merupakan penduduk asal di Palestin tapi itu bukanlah hujah yang kukuh untuk mempertahankan Palestin dari pendudukan yahudi la’natuLlah. Sekiranya itulah asas hujah kepada medan perdebatan ini, maka apakah hujah kita terhadap hijrah RasuluLlah saw dan golongan muhajirin yang berpindah dari bumi Makkah ke Yathrib lalu menguasai pemerintahan di sana serta menafikan hak sang munafik AbduLlah bin Ubai bin Salul sebagai anak tempatan Madinah untuk menjadi pemerintah di sana sedangkan baginda saw dan para muhajirin adalah orang luar?

Ada juga yang konon-kononya intelek dan mempunyai sarjana yang hebat memberikan pandangan bahawa Palestin bukanlah soal pertentangan di antara Islam dan yahudi bahkan tidak lebih daripada soal perebutan tanah untuk dijadikan tempat tinggal…heh, cuba nak memisahkan soal aqidah daripada dunia?

Persoalan yang sebenar terhadap perkara ini hendaklah difahami daripada pemahaman Rabbbani kerana tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Allah SWT adalah Tuan punya bumi dan Dia berhak menetapkan segala perkara ke atasnya. Soal siapa yang layak atau tidak hendaklah di ukur dari segi aqidah. Ya! Aqidah….bukan dari segi sejarah semata-mata.

Islam memberikan kefahaman kepada kita bahawa Allah SWT telah berjanji untuk memberikan pendudukan di bumi bagi hamba-hambaNya yang soleh. Inilah dia SunnatuLlah yang telah ditetapkan.

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ

“Dan sesungguhnya telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah Kami tulis pada Lauh Mahfuz, bahawasanya bumi ini di warisi oleh hamba-hambaKu yang soleh” [al-Anbiya’: 105]

Tidak dinafikan sama sekali bahawa golongan mereka yang soleh daripada Bani Israel adalah golongan yang termasuk di dalam ayat yang dijanjikan ini ketika mereka menjadi golongan yang terpilih di muka bumi satu ketika dahulu. Apa yang menjadi masalah besar sekarang, yahudi mengubah pemahaman ini lalu dikaitkan dengan aqidah mereka untuk selama-lamanya. Tidak kira sama ada mereka benar atau terpesong, beriman atau kufur, dirahmati atau dilaknat!

Inilah dia perkara induk dan intipati sebenar terhadap perkara yang diperdebatkan ini. Kita akan “kelabu” dan tidak akan faham kaedah sebenar untuk berta’amul dengan masalah Palestin melainkan kita sandarkan perbincangan ini kepada Sunan Ilahiyyah serta ketetapan Islam sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam kitab-kitab samawi seluruhnya. Perbincangan yang hanya berlegar sekitar isu hak-hak pendudukan berdasarkan sejarah, siapakah penduduk asal ataupun peristiwa-peristiwa penghijrahan yahudi ke bumi Palestin, ditimbulkan oleh mereka yang tidak faham atau mereka sendiri tidak mahu faham!

InsyaAllah pada artikel-artikel yang akan datang kita akan mengupas dari segi kronologi sejarah serta setiap pengajaran yang boleh diambil daripadanya. Untuk melihat sipakah sebenarnya yang berhak ke atas Palestin, maka perlulah “pengembaraan” kita di mulakan daripada kisah Abul Anbiyaa’ Saiyyiduna Ibrahim al-Khalil a.s kerana bagindalah maka lahirnya Nabi Ismail a.s yang daripadanya lahir keturunan arab seterusnya Nabi besar junjungan kita Muhammad saw dan juga Ishaq a.s yang daripadanya lahir keturunan bani Israel. Kita juga akan melihat sejauh manakah hujah-hujah yahudi berdasarkan kitab-kitab suci mereka supaya dapat menjadikan mereka “orang yang meludah ke langit” serta hujah yang akan kita nukil daripada al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai panduan kita untuk memahami isu sebenar dan seterusnya tanggungjawab yang perlu kita galas sekiranya kita mengaku sebagai Muslim yang Mu’min!

* Rujukan di akhir siri nanti insyaAllah

Friday, May 8, 2009

FEQH AL-IJTIHAD

Semasa mengerjakan umrah tahun lepas, aku berkesempatan untuk mengikuti beberapa siri pengajian ilmu-ilmu Islam terutamanya di Masjid an-Nabawi. Setiap “tiang” di dalam masjid RasuluLlah saw yang mulia ini menyajikan pengajian yang berbeza-beza mengikut para masyayikh berdasarkan bidang masing-masing (kebanyakannya adalah doctor-doktor university). Tafsir, hadith, feqh…sebut saja semuanya ada.Oleh kerana aku meminati bidang feqh, maka setiap malam sepanjang keberadaanku di Madinah, aku tidak akan melepaskan peluang bertandang ke “tiang” yang menyajikan pengajian feqh.

Sebagaimana kelas-kelas yang sering kita ikuti, ianya akan diakhiri dengan soal jawab. Maka berduyun-duyunlah soalan yang ditujukan kepada syeikh ini (namanya aku tak ingat). Ada yang tanya terus dan ada yang tanya pakai “posto”. Salah satu soalan bertulis yang sangat menarik perhatianku ialah berkenaan hukum berjihad menentang pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam, begitulah seingatku.

Sebelum syeikh ini menjawab soalan tersebut, aku cuba meneka apakah jawapan yang akan diberikan oleh beliau dan ternyata tekaan aku tepat. Sebelum menjawabnya dengan penuh, syeikh tersebut secara spontan mengatakan; “Aku ada bau bunga-bunga khawarij pada soalan ni!”

Mendengarkan jawapan spontan syeikh tersebut, aku tersenyum sendirian kerana aku tahu akan pendirian para ulama’ di Saudi tentang soal politik. Saudi merupakan sebuah Negara yang menolak fahaman demokrasi moden seperti system parti politik kerana mereka menganggap menubuhkan parti politik samalah seperti menubuhkan kumpulan-kumpulan khawarij yang ingin menentang khilafah!


Ulama’ Yang Faqeh Perlu Memahami Waqie’

Tidak lama dahulu, al-‘Allamah Syeikh Abdul Aziz bin Baz r.h, Mufti Kerajaan Saudi yang lalu pernah mengeluarkan fatwa yang mana penduduk Palestin perlu mengadakan perdamaian dengan Israel kerana beliau berpendapat penduduk Palestin telah ditekan, dizalimi dan tiada jalan lain selain daripada mengadakan hubungan damai dengan bangsa sial itu. Beliau berhujahkan dengan sepotong ayat dari al-Qur’an:

فإن جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله

"Maka sekiranya (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka hendaklah kamu cenderung juga kepada perdamaian tersebut dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

[ Surah al-Anfal : 61 ]

Kedua, Syeikh Ibn Baz berhujahkan peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah iaitu perjanjian perdamaian yang dimetrai di antara Kerajaan Islam Madinah pimpinan RasuluLlah saw dengan Kerajaan Quraisy di Makkah walaupun pada masa yang sama kerajaan Quraisy pada ketika itu merampas harta-harta golongan muhajirin. Menurut beliau juga, sekiranya golongan yang dizalimi itu berada dalam keadaan yang sangat lemah maka hendaklah ia menyerah kepada golongan yang melakukan kezaliman tersebut kerana ia lebih baik daripada membiarkan golongan yang zalim melakukan penindasan yang lebih hebat lagi terhadapnya walaupun terpaksa menyerah barang sebilik dua dari kawasan rumahnya kepada musuh kerana ia lebih baik daripada dihalau keluar tidak berteduh.

Walaupun fatwanya ini menyebabkan ramai yang mengutuknya dengan melabelkan beliau sebagai “Ulama’ Wahhabi” tetapi bagiku pendapatnya tidak lebih daripada ijtihad beliau memandangkan beliau merupakan seorang ulama’ yang banyak berkhidmat untuk Islam dan lebih-lebih lagi pandangannya yang agak kontroversi ini disandarkan kepada dalil al-Qur’an serta hujah yang bersumberkan sirah Nabi saw meskipun mendapat tentangan yang agak kuat.

Dr Yusuf al-Qaradhawi dengan sekeras-kerasnya telah menolak pandangan syeikh Ibn Baz ini di dalam kitab fatwa beliau di samping memuji dan menyanjungi ulama’ yang buta matanya ini tetapi diberi Allah kelebihan padanya yang tidak ada pada orang yang normal. Syeikh al-Qaradhawi mempertahankan “wajah istidlal” ayat tersebut serta tindakan yang dilakukan oleh RasuluLlah saw dalam perjanjian Hudaibiyyah. Tetapi pandangan yang ditolak oleh Syeikh al-Qaradhawi ialah; dalil-dalil yang dinyatakan oleh Syiekh Ibn Baz kesemuanya tidak menepati kehendak waqie.

Betul, apabila Allah memerintahkan supaya berdamai dengan musuh apabila itulah yang diminta oleh pihak musuh. Tetapi scenario bagi bangsa sial yahudi ini tidak ada langsung petunjuk yang menandakan mereka ini akan meletakkan senjata bahkan dari hari ke hari kita dapati ratusan nyawa penduduk Palestin melayang dek kerana tindakan celaka mereka di samping matlamat mereka untuk meruntuhkan al-Masjid al-Aqsa dan seterusnya membina haikal karut ciptaan mereka, merampas tanah-tanah umat Islam yang dijajah mereka. Maka apakah petunjuk untuk kita berdamai dalam keadaan sedemikian rupa?!!

Oleh itu, Syeikh al-Qaradhawi menyatakan ayat al-Qur’an yang sepatutnya digunakan dalam isu ini ialah;

فلا تهنوا وتدعوا إلى السلم وأنتم الأعلون والله معكم ولن يتركم أعمالكم

“(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalan kerja buat mereka dan diseksa di sisi Allah Ta’ala) maka janganlah kamu, wahai orang-orang yang beriman merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai padahal kamulah orang yang tinggi keadaannya, dan Allah pula bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan) dan Dia sekali-kali tidak mengurangkan pahala amalan kamu”

[ Surah Muhammad saw: 35 ]

Manakala hujah Perjanjian Hudaibiyyah yang digunakan turut sama ditolak oleh Syeikh al-Qaradhawi kerana peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah tidak boleh disamakan dengan isu Palestin kerana Kerajaan quriasy yang merampas hak golongan muhajirin terdiri daripada anak bangsa Makkah sendiri yang membolehkan dilakukan perdamaian sesama mereka berbeza dengan Palestin di mana yahudi La’natuLlah ini menceroboh tanah orang lain dan merampas hak yang tiada kaitan dengan mereka! Maka apakah Islam mengajar untuk berdiam diri apabila hak kita dirampas oleh mereka yang menceroboh dan masuk ke sempadan hak kita?!!!


Dua Perkara Asas Berfatwa

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam salah satu rancangan diskusi mingguan yang bertajuk “as-Syari’ah wal Hayah” terbitan al-Jazeera, telah ditanya oleh pengacara rancangan tersebut; apakah perkara yang perlu ada bagi seorang mufti itu untuk berfatwa. Syeikh al-Qaradhawi menyatakan bahawa mereka yang hendak berfatwa perlulah menguasai dua perkara asas iaitu feqh al-adillah dan feqh al-waqie’.

Feqh al-adillah bermaksud memahami dengan sedalam-dalamnya kaedah penggunaan dalil-dalil syara yang bersumberkan al-Qur’an dan as-Sunnah, usul feqh, qawaid feqhiyyah, feqh khilaf, maqasid as-syar’iah dan lain-lain.

Manakala feqh al-waqie’ pula bermaksud memberi fatwa sesuai dengan kehendak serta keperluan semasa dan menurut beliau, feqh al-waqie inilah yang kurang diaplikasikan oleh para ulama’ kita di zaman sekarang. Cukup dengan hanya berpandukan dalil serta petunjuk yang ada tanpa ditimbang dan disaring dengan keadaan semasa. Maka berlakulah kacau bilau seolah-olah pendapat yang difatwakan itu tidak relevan dan lebih teruk lagi menjauhkan masyarakat daripada Islam!

Lihat bagaimana ijtihad baru yang banyak berlaku di zaman sayyidina Umar al-Khattab menjadi khalifah yang sekiranya dilihat sekali lalu seolah-olah Umar r.a membelakangkan al-Qur’an dan as-Sunnah! Walhal yang berlaku ialah Sayyidina Umar memahami dalil-dalil yang ada dan bagaimanakh hendak berta’amul dengan dalil tersebut sesuai dengan keadaan semasa. Antara ijtihad beliau yang banyak diperbahaskan di dalam kitab-kitab ialah tindakannya memberhentikan pengagihan zakat kepada golongan yang dijinakkan hati-hati mereka dengan Islam ( المؤلفـة قلوبهم ). Amir al-Mu’minin bertindak sedemikian kerana beliau memahami bahawa di zamannya kedudukan Islam telah kuat dan mereka yang masuk Islam pada zaman ini bukanlah sekadar “atas angin” sahaja bahkan menyakini akan keadilan yang dibawa oleh Islam lantas menyebabkan mereka yakin untuk masuk Islam. Maka dengan sendirinya golongan ( المؤلفـة قلوبهم ) tidak wujud dizaman Umar r.a menjadi khalifah.

Satu lagi ijtihad Umar r.a yang selalu diputar belit oleh golongan secular bodoh ialah berkenaan tindakannya untuk tidak melaksanakan hukum potong tangan terhadap pencuri ketika musim kelaparan kerana Umar r.a berijtihad demikian kerana mereka yang mtencuri pada ketika ini tidak boleh diklasifikasikan sebagai mencuri disebabkan keadaan yang mendesak. Tetapi golongan secular bodoh menjadikan hujah ini untuk tidak melaksanakan hukum-hukum Allah ‘Azza Wa Jalla sehinggalah mereka mati!


Kesimpulan

Para ulama’ tidak seharusnya bergantung kepada ilmu yang telah ditelaah semata-mata serta kitab-kitab yang berkepuk-kepuk di rak-rak rumah mereka sahaja. Pengalaman sekeliling juga membantu dalam gerak kerja da'wah ini. Aku secara peribadi agak kecewa apabila ada di kalangan ustaz-ustaz kita yang hanya sibuk dengan perdebatan khilafiyyah seperti soal kenduri arwah, maulid al-Rasul, qunut dan lain-lain kemudian menghujum golongan yang tak sebulu dengan mereka sebagai pencetus bid’ah, wahhabi dan sebagainya sehingga ada yang membuat blog semata-mata atas sebab nak berdebat “ayam dengan telur siapa dulu”. Masyarakat perlukan bimbingan ulama’ yang mursyid yang dapat member mereka pencerahan terhadap Islam yang semakin hari diberi gambaran yang sangat hodoh oleh puak-puak secular. Perkara yang sering diperdebatkan itu tiadalah dapat member kefahaman yang segar terhadap Islam selain mengelirukan sebab masing-masing mengatakan merekalah yang betul. Aku kaitkan isu ini dengan tajuk yang aku nukilkan di atas untuk member gambaran bahawa perlunya para ulama’ itu menjadi celik dengan keadaan sekeliling dan tidak semata-mata berbahas soal darah haid dan nifas (pinjam istilah tok guru Nik Abd Aziz) serta cuba mencari kata sepakat untuk meneruskan kelangsungan agenda da’wah dalam menghadapi era yang penuh dengan fitnah sekarang.

Wallahua’lam

p/s: sahabat & guruku, ust heyzal “meriwayatkan” kepadaku akan kata-kata guru tafsir kami Dr Ahmed Naufal; “Pandangan ulama’ Saudi berkaitan politik semasa adalah zero

Rujukan:
[1]Fatawa Mu’asiroh: Dr Yusuf al-Qaradhawi, juzu’ 3
[2]As-Siasah as-Syar'iah: Dr yusuf al-Qaradhawi
[2]http://www.youtube.com/watch?v=GPb1hlKD91w&feature=PlayList&p=39DE8A9DC37BC819&index=80




Wednesday, April 22, 2009

MENGAMBIL MANFAAT DARIPADA ARAK?


Arak telah disepakati akan keharamannya di sisi Islam. Perkara ini telah menjadi ijma’ di kalangan ulama dan umat Islam.

يـا أيها الذين آمنوا إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون

“Wahai orang-orang yang beriman hanya sesungguhnya arak, judi, berhala dan menilik adalah kotor (dan keji) daripada amalan syaitan maka hendaklah kamu jauhinya moga-moga kamu menjadi orang yang berjaya”

[ al-Maaidah: 90]

Para ulama’ tidak sepakat di dalam menghuraikan maksud ( رجس ). Ada di antaranya yang menyatakan bahawa lafaz ini membawa maksud najis hakiki yang sekiranya terkena pada badan dan selainnya maka hendaklah ia dibasuh. Manakala sebahagiannya yang lain menyatakan bahawa ia adalah najis maknawi iaitu ianya sesuatu yang keji dan perlu di jauhi.

ADAKAH ARAK NAJIS HAKIKI ATAU MAKNAWI

Secara ringkasnya, telah sepakat di kalangan jumhur fuqaha’ bahkan disepakati di dalam mazhab yang empat bahawa kenajisan arak adalah najis hakiki. Cuma segelintir sahaja di kalangan ulama’ yang menghukumkannya sebagai najis maknawi seperti Rabi’ah ( tok guru Imam Malik) al-Muzani as-Syafi’e, al-Laith bin Sa’ad, dan lainnya di samping keharaman meminumnya. Manakala Sa’id al-Haddad yang berfatwa akan kesuciannya berhujahkan bahawa para sahabat pernah menghempas botol-botol arak ke bumi di jalanan Madinah setelah turun ayat menyatakan akan keharamannya kerana sekiranya arak itu najis, nescaya Nabi saw akan melarang para sahabat daripada berbuat demikain kerana akan mengotorkan jalan-jalan di Madinah.

Perkara ini dihujah balas oleh al-Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyatakan bahawa perkara tersebut dilakukan oleh para sahabat kerana ketika itu tidak ada terusan yang dikorek yang membolehkan mereka berbuat demikian dan membawa kesemua arak keluar Madinah adalah suatu kerja yang sukar dan menyusahkan.

KESEMUA YANG MEMABUKKAN ADALAH ARAK

Arak di dalam bahasa arab disebut sebagai khamar (خمر ). Definisi khamar dari segi bahasa ialah menutup sesuatu. Maka dinamakan khamar kerana ia menutup aqal yang sihat. Al-Imam ad-Dzahabi di dalam “Kitabul Kabair” menyatakan;

والخمر ما خامر العقل ، أي غطاه ، سواء كان رطبا أو يابسا أو مأكولا أو مشروبا

“Dan khamar itu ialah apa yang memasuki aqal, iaitu menutupnya, sama ada basah atau kering, yang dimakan atau yang diminum"

Arak dari segi definisi syara’ pula ialah nama bagi setiap benda yang memabukkan. Hadith Nabi saw;

كل مسكر خمر ، وكل خمر حـــــــــــــــــرام

“Semua yang memabukkan itu adalah arak, dan semua arak itu adalah haram”

[Riwayat Imam Muslim]

Ramai di kalangan ulama’ yang menjadikan hujah dengan hadith ini menyatakan bahawa setiap yang memabukkan, tak kira apa pun namanya maka ia adalah arak. Tak kira sama ada yang mengandungi alcohol atau tidak. Asal sahaja ia memabukkan maka ia adalah arak.

Hadith Nabi saw lainnya;

كل ما أسكر كثيره فقليله حـــرام

“Setiap yang memabukkan dengan jumlahnya yang banyak, maka yang sedikit daripadanya juga adalah haram”

[Diriwayat oleh Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi]

Daripada kedua-dua hadith ini dapatlah kita nyatakan illah atau sebab kepada haramnya arak ialah mabuk. Maka setiap yang memabukkan tak kira apa jua nama atau jenisnya, beralkohol ataupun tidak, minuman atau makanan maka ia adalah haram di sisi syara’.

MENGAMBIL MANFAAT DARIPADA ALKOHOL SELAIN ARAK

Telah dinyatakan bahawa arak adalah haram tidak kira atas alasan apa sekalipun waima atas alasan perubatan. Perkara ini dinyatakan oleh Nabi saw;

إنه ليس بدواء ، ولكنه داء

“Sesungguhnya ia (arak) bukanlah ubat, bahkan (pembawa) penyakit”

[Riwayat Imam Muslim]

Sabda baginda saw lagi;

إن الله لم يجعل شفائكم في حرام

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar bagimu pada apa yang diharamkan”

[Riwayat Ibn Hibban]

Tetapi bagaimana pula dengan alcohol? Adakah arak itu alcohol dan alcohol itu arak? Atau alcohol yang wujud dalam arak berbeza dengan alcohol yang wujud dalam benda selainnya?

Perkara ini banyak dipersoal masyarakat. Aku cuba membelek beberapa kitab-kitab fatwa yang ada untuk mencari jawapan. Secara umumnya alcohol terbahagi kepada dua jenis. Pertama yang dinamakan ethanol dan kedua dinamakan methanol . Untuk mendapat kepastian aku bertanya dengan sahabatku Dr Aizat Amiruddin yang mengambil jurusan perubatan di JUST tentang kandungan alcohol di dalam arak dan alcohol yang wujud di dalam ubat-ubatan. Beliau menyatakan bahawa 80% alcohol yang ada di dalam ubat adalah alcohol yang sama wujud di dalam arak (ethanol) tapi kepekatannya berbeza-beza mengikut jenis ubat. Pada peringkat mulanya aku membuat kesimpulan peribadi untuk menyatakan keharusan menggunakan ubat-ubat yang mengandungi alcohol sebelum maklumat berharga yang aku peroleh ini sampai ke pengetahuanku. Tapi aku “taraddud” setelah maklumat ini aku terima. Kerana awalnya aku menyangka semua alcohol yang terkandung di dalam ubat 100% berbeza dengan alcohol yang wujud dalam arak. Lalu aku kembali membelek fatwa-fatwa di kalangan ulama’ semasa berkenaan perkara ini secara perlahan-lahan. Satu demi satu aku baca bahkan kadang-kadang aku ulang berkali-kali ayat yang sama untuk menyakinkan apa yang aku baca.

Para ulama’ Syafi’eyyah menayatakan bahawa sekiranya alcohol yang memabukkan itu (ethanol, atau dalam bahasa mudahnya arak) dengan tujuan perubatan dicampur dengan bahan-bahan yang lain sehingga menyebabkan berlakunya istihlak ( استهلاك ) iaitu hilangnya unsur-unsur arak itu maka ianya dibolehkan syara’ untuk digunakan dengan syarat;

1. Setelah mendapat nasihat daripada doctor muslim yang adil

2. Tiada alternative

3. Kandungan yang terlalu sedikit dan tidak memabukkan

Oleh yang demikian aku mengira, inilah juga hasil daripada istinbat hukum yang diberikan oleh Dr. Sa’id Ramadhan al-Buthi apabila beliau menyatakan tentang haramnya ubat yang mengandungi alcohol sekiranya memabukkan dan sekiranya tidak memabukkan kerana kandungan yang sedikit dan darurat maka ia dimaafkan

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pula berfatwa bahawa sekiranya alcohol yang memabukkan itu bercampur dengan minuman atau sebagainya dengan nisbah 5:1000 iaitu 0.05% atau dengan kata lain jumlah yang terlalu sedikit maka ia harus digunakan kerana jumlah yang sedikit itu tidak memberi kesan perubahan dengan syarat alcohol yang wujud itu berlaku dengan kaedah semula jadi dalam bahan tersebut dan bukan dicampur dengan sengaja.

Manakala alcohol yang wujud dalam minyak wangi juga berlaku khilaf akan keharusan menggunanya kerana mungkin maklumat yang sampai kepada para ulama’ berdasarkan teknologi sains kimia dizaman masing-masing.

Mengikut Dr Ali Jumu’ah, beliau menyatakan secara agak terperinci bahawa alcohol terbahagi kepada 16 jenis yang mana tidak semuanya memabukkan. Dan bagi kategori ethanol (yang memabukkan) termasuk di bawahnya dua keadaan;

1. Digunakan dengan tujuan untuk memabukkan seperti arak maka ia adalah haram.

2. Digunakan bukan dengan tujuan untuk memabukkan seperti minyak wangi, iodine yang digunakan sebagai penyah jangkitan dan sebagainya. Bagi keadaan ini para ulama’ Hanafiyyah kesemuanya menyatakan akan keharusan menggunakannya, bahkan tidak dikira najis sekira inilah tujuannya.

KESIMPULAN

Isu-isu sebegini menunujukkan kepada kita bahawa para ulama’ itu tidak seharusnya berdiri sendiri dalam menyatakan hukum syar’iat dan para pakar dalam pengkhususan masing-masing seperti doctor perubatan misalnya juga tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya sehingga membelakangkan kehendak syari’at. Maha benarlah perintah Allah Ta’ala;

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

“Maka bertanyalah kamu kepada yang pakar sekiranya kamu tidak tahu”

[Surah an-Nahl: 43]

Wallahua’lam

p/s: kalau batuk mak aku suruh makan madu perah limau..takde madu kicap pun boleh.walaupun bid’ah dalam perubatan tapi insyaAllah mujarab punya…serius, aku tak tipu ni…

Rujukan

[1] Sohih Muslim bi syarah al-nawawi

[2] Sohih Ibn Hibban

[3] al-Mufassol fi ahkam al-mar’ah wal baitil muslim; Dr Abd Karim Zaidan

[4] al-Halal wal haram fil Islam; Dr Yusuf al-Qaradhawi

[5] al-Intifa’ bil a’yan al-muharromah; Jumanah Muhammad Abd Razzak

[6] Fatawa asriyyah; Dr Ali Jumu’ah

[7] Fatawa Syar’iah; Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris

[8] Mausu’ah feqhiyyah kuwaitiyyah

[9] Kitab al-kabair; al-Imam ad-Dzahabi

[10] Ma'a an-naas: musyawwarat wa fatawa; Dr Sa'id Ramadhan al-Buthi

[11]http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5881&version=1&template_id=130&parent_id=17

Monday, April 13, 2009

NIAT DI DALAM ISLAM



عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إنما الأعمال بالنيات ، وإنما لكل امرئ ما نوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

متفق عليه

“Daripada Amiril Mu’minin Abi Hafs Umar bin al-Khattab r.a katanya: Aku telah mendengar RasulaLlah saw bersabda: Sesungguhnya hanya (dikira) setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya hanya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul Nya maka hijrahnya itu menuju Allah dan rasul Nya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu kerana apa yang ia maksudkan kepadanya” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Aku memilih tajuk niat sebagai artikel pertama dalam blog ini mengambil iktibar daripada para ulama’ salafussoleh yang memulakan penulisan mereka dengan menyatakan serta menghuraikan hadith yang berkait dengan niat. Di antara yang menggunakan manhaj ini ialah al-Imam al-Bukhari di dalam Sohihnya. Al-Imam an-Nawawi juga menggunakan manhaj yang sama sebagaimana yang dapat kita lihat di dalam kitab “Riyadhus Solihin” dan lain-lain. Al-Imam Abdul Rahman bin Mahdi menyatakan;

“Adalah perlu bagi sesiapa yang ingin mengarang sesebuah kitab,maka hendaklah ia memulakan dengan menulis hadith ini sebagai perhatian kepada sang penuntut supaya ia memperbetulkan niat”

Manakala al-Imam as-Syafi’e menyatakan;

“Hadith ini merangkumi satu pertiga daripada Islam”

Beliau juga menyebut;

“Hadith ini termasuk di dalamnya tujuh puluh bab daripada feqh”

Pendek kata hadith ini mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam Islam bahkan para ulama’ meletakkannya sebagai hadith yang berlegar di sekitar perkara usul dalam Islam di samping beberapa hadith-hadith yang lain.

Feqh al-Hadith

Feqh yang aku maksudkan di sini ialah memahami lafaz yang terkandung dalam hadith ini. Lafaz baginda saw (إنما الأعمال بالنيات ) membawa khilaf di kalangan ulama’ kerana setiap amal itu boleh sahaja terjadi walaupun tidak disertakan dengan niat. Wudhu’ contohnya boleh sahaja terjadi sama ada dengan niat atau tidak. Solat boleh sahaja terjadi sama ada dengan niat atau tidak kerana setiap perbuatan yang hendak kita kerjakan boleh sahaja terjadi walaupun tanpa disertakan niat. Tak pernah pula kita dengar anggota badan seseorag menjadi kaku tak dapat nak berwudhu’ sebab tidak disertakan dengan niat. Oleh sebab itu, aku meletakkan kalimat “dikira” pada terjemahan hadith ini kerana para ulama’ menyatakan bahawa di sana ada kalimat yang dibuang ( كلمة محذوفة ) di dalam lafaz tersebut.

Maka dengan sebab itu berlakulah perbezaan pendapat di kalangan ulama’ untuk men”taqdir”kan lafaz yang dibuang itu. Ada di antaranya yang menyatakan lafaz yang dibuang itu ialah “ الصحة”. Oleh yang demikian, hadith tersebut akan berbunyi;

إنما الأعمال الصحيحة بالنيات

“Sesungguhnya hanya sah amalan itu dengan niat”

Manakala sebahagian yang lain pula menyatakan lafaz yang tiada itu ialah “الأجـر”. Maka hadith ini pula akan berbunyi;

إنما الأعمال المأجورة بالنيات

“Sesungguhnya hanya diberi ganjaran amalan itu dengan niat”

Maka dari sinilah berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama’ berkenaan perbahasan mengenai dengan niat sebagaimana yang dapat kita lihat dalam masalah niat ketika wudhu’ sebagai contohnya. Jumhur fuqaha’ menyatakan bahawa niat merupakan rukun di dalam wudhu’ kerana berpegang bahawa setiap perbuatan syar’iah itu menjadi sah apabila disertakan niat di samping beberapa dalil serta hujah-hujah yang lain. Berbeza dengan ulama’ hanafiyyah yang menyatakan bahawa niat ketika wudhu’ itu hanya menjadi syarat sahaja dan bukan rukun kerana berpendapat sebaliknya. WaLlahu’alam.

Manakala lafaz baginda saw(وإنما لكل امرئ ما نوى ) memberi iktibar bahawa tiada seseorang itu memperoleh ganjaran melainkan apa yang telah ia niatkan. Maka sekiranya baik niatnya, maka baiklah balasannya dan sekira buruk niatnya maka balasannya adalah sesuai dengan niatnya.

Dari segi perbahasan feqh pula, al-Imam an-Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim menegaskan iktibar dinyatakan lafaz ini selepas ( إنما الأعمال بالنيات ) menunjukkan kepada kita bahawa menjadi syarat bagi seseorang itu menentukan niatnya. Maka sekiranya ia hendak mendirikan solat qadha’ maka ia tidak cukup hanya berniat untuk mengqadha’kan solatnya bahkan perlu baginya menentukan apakah solat yang hendak ia dirikan sama ada ia zohor dan sebgainya. WaLlahua’lam.

Lafaz baginda saw ( فمن كانت هجـرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ) member maksud barangsiapa yang mengqasadkan hijrahnya itu kerana Allah, maka jaminan ganjaran baginya daripada Allah SWT, dan barangsiapa yang bermaksud kerana dunia atau pun ia berhijrah kerana ingin mengahwini perempuan yang ingin dikahwininya maka itulah sahaja yang ia akan peroleh dan tiada sebarang bahagian mahupun balasan baginya di akhirat kelak. Oleh kerana itulah kita dapat melihat di dalam kitab "Riyadhus Solihin" al-Imam an-Nawawi meletakkan hadith ini di bawah tajuk “al-Ikhlas” kerana hadith ini mengajar kita supaya mengosongkan hati dan memperbetulkan tujuan serta qasad kita dalam segala amal perbuatan hanya kepada Allah SWT. WaLlahua’lam…

Rujukan

(1) Syarah Sohih Muslim: an-Nawawi
(2) Jami’ul Ulum wal Hikam: Ibn Rajab al-Hanbali
(3) Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadhus Solihin
(4) Masail fil Feqh al-Muqoron, bab an-Niyyah fil Wudhu’ wal Ghusl: Dr Sulaiman al-Asyqar
(5) Dr Adam al-Qudhoh ketika menyampaikan kuliah Feqh Muqoron

ShoutMix chat widget